Lebih 1,000 penduduk Orang Asli di 13 buah kampung di Pos Balar, Gua Musang, Kelantan berharap kerajaan menaik taraf jalan perhubungan kampung mereka.<br /><br />Sejak lebih 50 tahun lalu, mereka tiada pilihan selain menggunakan jalan balak yang rosak teruk sehingga menjejaskan aktiviti dan kehidupan harian mereka.
